nak buat nugget ayam tak susah pun sebenarnya, boleh je buat sendiri dekat rumah. Lepas ni dah tak perlu nak beli dah bila anak mintak, lebih sihat dan tanpa bahan pengawet
Bahan Yang Diperlukan
- 700gm isi dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz sederhana
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
- Tepung goreng serbaguna, Tepung Goreng 15 Rempah
- Sedikit mentega
Langkah-langkah
- Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
- Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
- Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
- Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
- Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.