Cara beza Ikan Tongkol Hitam dan Putih

Ikan aya, ikan tongkol atau tongkol keraiikan kayu, cakalang atau nama saintifiknya Katsuwonus pelamis.

Dalam masyarakat Malaysia terdapat dua jenis ikan tongkol yang sangat popular iaitu Tongkol Hitam dan Tongkol Putih.

Ternyata, ada beza ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Seperti yang anda tahu, ikan tongkol sangat terkenal dengan gulai nasi dagang dan singgang. Di negeri-negeri Pantai Timur, ikan tongkol merupakan pilihan utama untuk hidangan ikan.

Dilihat dari mata mata kasar, kedua-duanya nampak lebih kurang sama. Tetapi sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan antara ikan tongkol hitam dan putih.

Dari segi rasa, ikan tongkol hitam isinya lebih lembut, manakala tongkol putih isinya lebih keras. Walau bagaimanapun, ikan tongkol putih juga sesuai untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi yang lebih keras.

Dari segi harga kebiasaanya tongkol hitam lebih tinggi berbanding dengan tongkol putih.

Cara Beza Ikan Tongkol Hitam dan Tongkol Putih

tongkol

  1. Tongkol Putih mempunyai sirip yang lebih pendik dan mempunyai jalur di bahagian belakang.
  2. Tongkol Hitam mempunyai sirip yang lebih panjang dan tiada jalur di bahagian belakang

Ikan tongkol bukan sahaja enak tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti omega-3, zat besi, vitamin B, dan protein tinggi. Ia juga rendah kalori dan baik untuk kesihatan jantung.

Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam