Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam
RM0.00 0

Bakul

Tiada Tepung 15 Rempah di dalam bakul.

RM0.00 0

Bakul

Tiada Tepung 15 Rempah di dalam bakul.

Nasi Ulam Baba Nyonya

Masa Penyediaan
30 Minit
Masa Memasak
30 Minit
Jumlah Hidangan
5

Nasi ulam Baba Nyonya adalah hidangan tradisional yang berasal dari masyarakat Peranakan di Malaysia. Hidangan ini adalah campuran nasi putih dengan pelbagai jenis herba dan sayur-sayuran segar, seperti daun kesum, daun kaduk, daun cekur, bunga kantan, dan ulam-ulaman lain. Biasanya, nasi ulam ini juga dicampur dengan ikan masin yang telah dikeringkan dan dihiris halus, serta ditambah dengan rempah-rempah seperti kunyit dan lengkuas yang memberikan rasa yang unik.

Bahan

  • 1 Genggam udang kering
  • 1 Ekor Ikan masin kurau / boleh gantikan dengan ikan lain
  • ½ Biji kelapa parut
  • 3-4 Mangkuk nasi yang telah dibiarkan sejuk
  • 7-8 Sudu makan limau kasturi
  • ½ Sudu makan gula
  • Bahan Ulaman
  • 5 Batang kacang botol
  • 1 batang bunga kantan
  • 10 Helai daun limau purut
  • 20 Helai daun kesum
  • 5 Batang kacang panjang
  • 5 Tangkai cili padi
  • 3 Batang serai
  • 1 Bawang besar
  • 1 Helai daun kunyit

Cara Penyediaan Nasi Ulam Baba Nyonya

  1. Sangai kelapa parut sehingga keperangan mengunakan api yang kecil. Kemudian kisar/tumbuk kasar.
    Goreng udang kering dengan sedikit minyak kemudian kisar hingga halus.
  2. Goreng ikan masin dengan sedikit minyak kemudian kisar hingga halus.
    Potong halus kesemua ulaman. Untuk daun limau purut, daun kesum dan daun kunyit boleh satukan dalam satu gulungan untuk lebih senang dihiris nipis.
  3. Satukan udang kering, ikan masin, kelapa sangai dan nasi dalam bekas kemudian gaul hingga sekata. Untuk udang kering & ikan masin masuk sedikit demi sedikit, rasa dulu sebelum tambah lagi.
  4. Dalam mangkuk berlainan satukan gula dan jus limau kasturi. Kemudian masukkan ke dalam adunan nasi tadi. Masukkan sedikit demi sedikit kemudian rasa.
  5. Tambah ulaman kemudian gaul hingga sekata.
    Sedia untuk dihidang. Boleh dihidang bersama ikan masin, ayam bakar, ayam percik atau apa-apa lauk kesukaan anda.
Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam