Kek Coklat Moist

Masa Penyediaan
20 Minit
Masa Memasak
1 Jam 15 Minit
Jumlah Hidangan
5 Orang

Bahan-Bahan

Kek Coklat

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1.5 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat cair
  • ⅔ cawan minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh garam 
  • 2 sudu teh nescafe
  • 4 biji telur ayam

Lapisan Coklat

  • Mentega
  • 100g coklat masakan gelap
  • ⅔ cawan susu sejat cair

Cara Penyediaan

Kek Coklat

  1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik di dalam bekas pengayak. Ayak hingga adunan halus.
  2. Masukkan adunan ke dalam mesin pengadun. Tambah gula, susu sejat cair, minyak masak, esen vanila, garam, nescafe dan telur ayam. Adun hingga kembang.
  3. Sapukan mentega di dalam loyang kemudian tuangkan adunan coklat.
  4. Tutup loyang menggunakan kerajang aluminium bagi mengelakkan air bertakung ketika mengukus.
  5. Masukkan air ke dalam kuali pengukus AURASIA. Pasang pengukus dan masukkan loyang kek coklat. Kukus selama 60 minit.

Lapisan Coklat

  1. Cairkan mentega di dalam kuali AURASIA Frypan.
  2. Masukkan coklat masakan gelap. Kacau hingga coklat cair sepenuhnya.
  3. Masukkan susu sejat cair. Kacau hingga coklat dan susu sebati. 
  4. Tuang coklat ke atas kek coklat yang yang telah dikukus.
Tips
  • Untuk pastikan kek masak sempurna, cucuk kek menggunakan lidi. Pastikan kek tidak melekat di lidi.

 

Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam