Bihun Goreng Singapore

Masa Penyediaan
15 Minit
Masa Memasak
30 Minit
Jumlah Hidangan
3 Orang

Bihun goreng Singapore adalah antara menu kegemaran rakyat Malaysia, sesuai dimakan tak kira waktu pagi, siang atau malam. Bersama resepi ini Che Kam kongsi juga resepi kicap yang menambahkan lagi kesedapan bihun goreng singapore.

Bahan-Bahan

Bahan Bihun Goreng

  • ½ cawan minyak masak **
  • ¼ cawan ikan bilis **
  • 1 sudu besar udang kering **
  • 5 biji bawang merah **
  • 3 ulas bawang putih **
  • 1 paket bihun
  • 1 kiub ayam (optional)
  • 3 biji telur
  • 300g isi ayam. 
  • 300g udang.
  • 1 batang lobak merah
  • Sayur sawi
  • 1 sudu kecil garam / secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula / secukup rasa
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

Bahan Kicap

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1-2 biji limau kasturi
  • 10 tangkai cili padi
  • ½ cawan kicap pekat abc
  • ½ cawan kicap manis adabi

Cara Penyediaan

  1. Rendam bihun guna air sejuk 5 jam. Sejat air dan ketepikan.
  2. Pukul telur dengan secubit garam. Goreng dengan sedikit minyak sambil kacau hingga hancur. Kemudian ketepikan.
  3. Kisar halus bahan bertanda **. Tumis dengan minyak masak hingga wangi. Masukkan ayam, lada hitam, lada putih, udang, kiub ayam , garam dan gula. Masak hingga ayam sempurna masak.
  4. Masukkan bihun, sawi dan lobak. Kemudian masukkan telur goreng. Kacau sekata kemudian angkat dan ketepikan. Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
  5. Untuk kuah kicap. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi. Tumis dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat abc. Didihkan seketika kemudian angkat. Perah sedikit limau kasturi.
Tips Tambahan

** Rendam bihun menggunakan air bersuhu bilik. Untuk mengelakkan bihun senang lembik bila digoreng

Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam