Ayam Goreng Korea Sos Adabi

Masa Penyediaan
15 Minit
Masa Memasak
20 Minit
Jumlah Hidangan
3 Orang

Bahan-Bahan

  • 500g kepak ayam
  • Tepung Goreng 15 Rempah
  • Sos korea adabi
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian. Kemudian perap dengan sedikit garam sekurangnya 30 minit.
  2. Salut ayam dengan Tepung Goreng 15 Rempah.
  3. Celup ayam kedalam air putih dengan perlahan. 
  4. Salut lagi sekali ayam dengan Tepung Goreng 15 Rempah. Goncangkan kepak ayam untuk buang lebihan tepung, ini bagi mengelakkan lebihan tepung bercampur dengan minyak semasa menggoreng. 
  5. Panaskan minyak (175°C). Minyak mesti banyak hingga ayam tenggelam dan tidak bersentuhan dengan dasar kuali. Goreng selama for 7 minit. Angkat dan rehatkan ayam selama 5 minit.
  6. Goreng lagi sekali kepak ayam selama 3-5 minit atau sehingga ayam masak sempurna.Tujuan goreng kali kedua adalah untuk ayam lebih rangup. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
  7. Tuang sos korea adabi ke dalam bekas berisi ayam kemudian gaul hingga rata. 
  8. Tabur dengan biji bijan. Sedia untuk dihidang.
Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam