Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam
RM0.00 0

Bakul

Tiada Tepung 15 Rempah di dalam bakul.

RM0.00 0

Bakul

Tiada Tepung 15 Rempah di dalam bakul.

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia

Terdapat lebih 300 spesies sotong mendiami lautan diseluruh dunia. Namun kali ini kami senaraikan hanya 6 sotong yang popular di Malaysia. Bersesuai digandingkan dengan Tepung Goreng 15 Rempah.

SOTONG TORAK (Squid)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia

Sotong torak mempunyai badan dan sesungut yang panjang. Sotong torak boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa.

SOTONG JARUM (Squid)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia jarum 1 scaled e1715638870373

Sotong jarum atau juga digelar sotong cumit hampir menyerupai sotong torak di mana mempunyai bentuk badan yang memanjang namun biasanya saiz sotong jarum lebih kecil berbanding sotong torak. Sotong Jarum berwarna lebih merah daripada sotong Torak.

SOTONG KETUPAT (Squid)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia sotong bulat scaled e1715639164122

Sotong ketupat mempunyai saiz yang sederhana. Saiznya hampir menyamai sotong jarum tetapi bentuk badannya lebih membulat manakala sotong jarum mempunyai badan yang tirus dan panjang.

SOTONG KURITA (Octopus)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia kurita 3 scaled e1715639492609

Sotong kurita mempunyai bentuk yang berbeza berbanding kesemua di atas. Biasanya habitat kurita di kawasan berlumpur.Sotong kurita mempunyai badan yang sangat fleksibel dan mampu untuk masuk ke ruang atau celahan yang kecil.

Malah, sotong kurita juga mampu menjadikan cangkerang kosong sebagai tempat persembunyian. Sotong ini mempunyai sesungut yang kuat.

SOTONG MENGABANG (Longfin squid)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia sotong mabang 1 e1715640550609

Sotong mengabang atau sotong ngabang mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar. Sotong ini boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang.

SOTONG KATAK (Cuttlefish)

Kenali 6 Sotong Popular di Malaysia sotong katak

Secara fizikalnya, sotong katak mempunyai bentuk yang hampir sama dengan sotong mengabang iaitu pendek dan agak lebar. Fizikal sotong katak lebih kecil dan mempunyai tulang putih (kalsium) manakala sotong mabang ada kalanya bersaiz besar dan tulangnya lutsinar macam plastik.

Tepung Goreng 15 Rempah Oleh Che Kam

TEPUNG 15 REMPAH adalah TEPUNG GORENG yang kaya dengan rasa REMPAH, pilihan Ibu-Ibu membangkit selera KELUARGA.

Langgan Buletin Kami

Daftar buletin Che Kam untuk menjadi orang pertama yang melihat kandungan inspirasi, berita dan tawaran eksklusif

Dengan melanggan, anda bersetuju menerima Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Che Kam